dari pagi, melewat ke malam,
langsung ke dinihari..
langit menangis lagi,
dari semalam-semalam,
langsung ke hari ini..
langit menangis lagi,
dan aku menjadi sang pemerhati,
usap jiwa sepi..
langit menangis lagi,
dan aku masih disini,
merenung nasib diri..
ya, langit menangis lagi,
bertemankan neon jalan dinihari,
aku kembali mengetuk bahasa hati..
lenyap bersama emosi.
"wahai langit, esok kau jangan menangis lagi, ya?"
*diam*
"wahai jiwa, simpan rasa untuk besok ya?"
*perih*
futnot: kalau-lah kau tahu, aku masih mengira bintang-bintang atas situ, seperti selalu...
Sampai bila mahu menangis bersama langit?
ReplyDeletedan aku sering bertanya pada langit, sampai bila mahu menangis heret aku bersama
Deletebila mahu ketawa bersama langit?
ReplyDeleteaku ternanti-nanti akan saat langit menguil jemari-ku dan terbang atas ruas dada-nya..
Delete*tenang..
terlalu byk ceritera kala langit menangis.itu pasal aku suka pada titis hujan
ReplyDeleteceritera yang tersendiri,
ReplyDeleteceritera tentang kita-kita,
dan cuma kita-kita saja yang tahu..