Siapa Tuan Tanah

Hujung Timur, Malaysia
Manusia yang biasa-biasa saja. Aku bukan pen-seni. Aku cuma seorang penulis cikai. Cedok-lah yang mana putih. Minta tinggal-kan yang mana hitam.

Tuesday, January 22, 2013

tidak ber-aksara

langit menangis lagi,
dari pagi, melewat ke malam,
langsung ke dinihari..

langit menangis lagi,
dari semalam-semalam,
langsung ke hari ini..

langit menangis lagi,
dan aku menjadi sang pemerhati,
usap jiwa sepi..

langit menangis lagi,
dan aku masih disini,
merenung nasib diri..

ya, langit menangis lagi,
bertemankan neon jalan dinihari,
aku kembali mengetuk bahasa hati..
lenyap bersama emosi.

"wahai langit, esok kau jangan menangis lagi, ya?"
 
*diam*

"wahai jiwa, simpan rasa untuk besok ya?"

*perih*

futnot: kalau-lah kau tahu, aku masih mengira bintang-bintang atas situ, seperti selalu...

6 comments:

  1. Sampai bila mahu menangis bersama langit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan aku sering bertanya pada langit, sampai bila mahu menangis heret aku bersama

      Delete
  2. bila mahu ketawa bersama langit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku ternanti-nanti akan saat langit menguil jemari-ku dan terbang atas ruas dada-nya..

      *tenang..

      Delete
  3. terlalu byk ceritera kala langit menangis.itu pasal aku suka pada titis hujan

    ReplyDelete
  4. ceritera yang tersendiri,
    ceritera tentang kita-kita,
    dan cuma kita-kita saja yang tahu..

    ReplyDelete