Siapa Tuan Tanah

Hujung Timur, Malaysia
Manusia yang biasa-biasa saja. Aku bukan pen-seni. Aku cuma seorang penulis cikai. Cedok-lah yang mana putih. Minta tinggal-kan yang mana hitam.

Tuesday, August 28, 2012

hati melalak


aku mungkin dilihat cergas di mata orang.
yalah.
pada cermin sisi orang, aku selalu di-label si kering hati.

"suruh saja dia bercakap di-depan, mesti tak ada gagap cela-nya"
"biar-kan saja dia buat itu, mesti bolih saja. dia kan pakar segala"
*aku tahu itu sindiran.

tak apa.
aku kutip segala kertas ber-tabur di depan.
tak mengapa kawan. mari,aku buat.
selagi aku mampu ya?

padahal orang tak tahu, aku rosak-nya di dalam sini.
nak di-khabar kan pada siapa.. aku tak reti.
lalu di-simpan berhari-hari.
menunggu masanya meledak. tapi sentiasa ditahan-kan si-hati.

---
aku sering dirusuh orang.
ya, aku ini kan men-jengkelkan.
tak macam si malisa. pandai.menutup kepala-nya. hormat kwan-nya. berbudi bahasa budak-nya.
cantik. pakej bukan?

*aku perhati diri dari setiap sudut inci.
ya. patutlah aku di-benci.
aku ni apa.

"kepala tak bertutup. baju pula tak menang kain. mulut pula pedas main lepas saja.
kurang ajar aku ni. kerja semua nak syok sendiri. keras kepala.
bukan nya nak ambil tahu kawan nya bicara apa? main buat saja.
bajet bagos. macam gud-gud.
ala, petah di depan nak menang hati lecturer lah tu.
hipokrit. plastik.
suka tikam belakang kawan. ah, kerja nak senang sendiri saja."


patut lah aku di-benci.banyak kesalahan aku dimata kalian rupa-nya.
*tunduk

tak usah lah ber-debat isu kepala tutup tak tutup.
aku dah jelak.
makian orang. sindiran orang. tetap milik aku.
manusia sibuk nak jadi tuhan. di-nilai hanya fizikal nye saja.
hm. tak apa-lah.

resam aku. bila di-beri kerja dan tugas oleh pensyarah , akan aku sempurna-kan
sesempurna mungkin.
lagi-kan aku di angkat menjadi penolong ketua.
tak salah rasa-nya bagi aku memberi apa-apa cadangan buat semua.
tak suka. tak apa. kenapa tak di beritahu-kan?
kenapa cakap nya dibelakang pondok sana.
kenapa tak di-khabarkan pada aku yg ter-duduk kesat peluh di depan pili air sini.

mana ketua? jangan tanya aku. sepatah di-tanya, dijungkit-jungkitkan bahu.
bila mana segala keputusan harus aku putus-kan.
masih jelik-kah aku yg memikul dua tugas ini?
kau buat. aku nk tengok.
jgn kerjanya tahu mengomel saja. tahu memprotes dan mengomen saja.

kalau x suka kenapa menyokong aku diberi jawatan?
mana mulut petah di-belakang pondok tadi?
kenapa diam membisu bila sekalian kerja tak menjadi.

"ah, bukan aku bertanggung jawab"
"siapa ketua dan penolong ketua. main-kan lah peranan"

*ketap bibir tahan sebak.

bila aku mula ber-cakap, aku lah yg di-ganyang. bila ber-suara, aku lg di-herdik.
tak ada yang menurut.
seorang dua cuma si pengikut, itupun manusia yg mahukan markah yg bagus.
itupun aku tahu belakang jasad-ku lidah nya bercabang empat.
*sumpah wallahi aku penat dgn lakonan semua.

tapi bila hasil-nya tidak nampak-nampak.
aku turun kendiri aku, mencari ikhtiar mana yg ter-lintas.
tak ku khabar-kan pada kalian.
untuk apa?
sekali aku memberi buah fikiran, aku di-tentang.
tak apa lah.
buat setakat kudrat diri.
di-teman dan dibantu pula insan baik hati.
*terima kasih wahai si-insan.

---
bila ikhtiar, usaha membuah hasil.
sama-sama ter-senyum.
puas.

"aku gembira tgk se-bendang hijau di depan"
"wah, ni semua usaha aku ni"
"ni yg aku bangga jadi ahli kumpulan ni"

##aku hanya melihat dari tepi. senyum dalam hati.

---
bukan nak kata usaha kita?
oh.lupa.usaha dia saja.
masa jatuh semalam, mana semua?
apa semalam masa si bendang kering tak menjadi, kalian sudah ber-ahli kumpulan lain?

*aku sengaja tak turun pada hari ter-sebut. bukan apa. aku penat setelah seharian suntuk ber-gelumang peluh.
lagi-kan. semuanya sudah di-bereskan.

lantas si kassim persoal " mana si budak bajet bagus, tak turun ke hari ini"

hati lirih. air mata jatuh tanpa disekat-sekat.
kau bernama manusia. tidak boleh kah kau berkata baik tentang aku walau sekali?

oh. lupa. kau kn pernah bilang, 'sekali aku menyampah. sampai bila-bila aku menyampah"

wahai manusia.
menyampahlah. tak apa.
wahai manusia.
benci-lah. tak apa.

cuma aku minta, jgn di-maki aku ini terus-terusan.
jangan di-caci aku ni lagi-lagi an.

jangan di-cari silap aku.
sebab aku tahu, kau pasti jumpa.
sebab aku manusia.
pelaku silap di mana-mana.

maka tegur-lah aku.
tapi biar kena dgn cara-nya.

biarlah.
tak suka tak apalah. *patah "tak apa" yg sudah ke-ratusan kali rasanya

---

*duduk di-bangku menompang sepi.
menelaah helaian diri.
menghitung hari demi hari.

tiba2**

sedar aku terlupa ber-tanya si sahabat sejati. patut lah bungkam saja sejak dari tadi.
"wahai hati, engkau sihat?"

**hening

"emm, yg berdarah semalam biar di-situ dulu ya. aku janji balik nanti aku ubat-kan."

**hening

tanya lagi "eh hati, kau lapar? mari aku suap-kan. kita maghrib dulu ya. nanti pasti kau kenyang"

#ber-jalan pulang mengendong si-hati.
bisik lagi "bertahan ya sahabat. jadi kuat macam aku ya"



No comments:

Post a Comment