Siapa Tuan Tanah

Hujung Timur, Malaysia
Manusia yang biasa-biasa saja. Aku bukan pen-seni. Aku cuma seorang penulis cikai. Cedok-lah yang mana putih. Minta tinggal-kan yang mana hitam.

Tuesday, August 28, 2012

budak tepi jalan


aku jadi sewel bila jumpa buddy-s.
*gelak setan sikit.

jangan pelik jumpa aku lepak tepi jalan,
satu group, dikeliling kepala-kepala mereng.
dan aku tak malu.

one word aku boleh describe pasal buddy-s, "GILA".
mereka budak suka lepak tepi jalan saja.
yg rokok sebatang kat mulut sambil cakap terpekik,
rambut merah, tindik sana sini.
itu mereka.
dan aku tak malu.

tapi..
mereka buat aku rasa wujud.
mereka buat gelak dan tangis aku nyata.
mereka dengar segala.
mereka lantang. tapi ber-sebab.
bukan membabi buta.

tulisan aku disini bukan mengAGUNGkan mereka.
tak sama sekali.
cuma mahu cerita,
tentang mereka yg tak di-suka.
mereka yg tak penting-kn martabat segala.
ya, mereka.
mereka yg tak ber-topeng.

mereka yg tak pakai topeng supermarket,
yg luarnya indah bertatah berlian,
yg pastinya juga memukau setiap sudut pandang si-retina.
sayang, palsu semata.

mereka..
mereka cuma budak tepi jalan.
nafas mereka berbau PALLMALL, mulut mereka berkepul asap.
baju seluar mereka sekadar letak.
itu mereka.
yang pasti, itu kulit asal mereka.

hakikatnya, topeng supermarket tetap tinggal sebagai topeng supermaket bukan?
*KAH KAH KAH!
yang bila sampai masanya mahu tidur,
ditanggalkan jua dan disimpan kembali di peletak kotak sana. kan?

kesian si-topeng. kesian juga si-pemakai.
sampai masa akhir-nya berpisah jua.
*sudah. aku bukan nak bukak kedai topeng kt sini.

cuma mahu berkata..
Kami tetap manusia.
kami tetap belajar.
kami tetap bekerja.
cuma kami-kami ini yg dh terlalu penat dgn agenda manusia plastik sini.
berkumpul sekali sekala.
luah kecewa pakai gelak gempita.
melepas tangis di celah-celah kepul asap dari mulut.
terbang.
seterusnya hilang.
dan bakar lagi.

kami ini sampahan kamu bukan?
*sengih

peduli apa.

---

sekali lagi aku bilang, tulisan ini bukan untuk men-tuhankan mereka.
tidak.
aku cuma cerita,
aku hidup dalam mereka.
dan kami tinggal dalam cerca.

siang-nya,
dia seorang pelajar,
dia pendidik,
dia pula pegawai.
bukti, kami bukan rosak.

*ambil nafas

kami berkongsi cerita
bukan orang lain punya cerita,
tak main lah.
cerita cuma pasal kami-kami.
berkongsi rasa.
sama-sama mengeluh.
sama-sama menangis.


*ah cerita kami biar tersimpan-kan kami sendiri.
yang mana bila diceritakan pd semua ada saja yg menjuih bibir.
untuk apa?

cukup dengan melihat si ALI di-pulaukan kaum kerabat kerana ayahnya mati kena AIDS,
cukup dengan meratapi NANI yg diherdik teman sepejabat, ibunya diberkas polis kerana mengedar dadah,
dicaci rakan sekuliah,
dibuang dek masyarakat.

aku bengang.
yang mati kena AIDS itu ayah dia.
bukan dia!
yang meringkup dlm lokap itu mak dia.
bukan dia!
apa kau fikir mereka mintak lahir ber-takdirkan sebegitu rupa??
mana mata korang?
mana hati korang?

xpyh nak cakap pasal isu-isu besar mcm nilah.
cukup kite pandang sekeliling je.
hadap masalah keliling sudahlah.

kenapa kau sibok kecohkan si minah xdapat hidayah tuhan?
cuma sbb kepala dia x bertudung?
kenapa kau sibok perihal-kan pasal keluarga si lijah porak peranda?
cuma sbb dia xsuka nak join kelompok korg, lantas dia pilih untuk tidak bergaul dan diam?

sudahlah.
malaysian is being so typical.
diskriminasi dimana-mana.
aku alah dgn manusia malaysia kes inilah.
tak pyh nak sibuk gi pukul org asing,
konon, sebab bikin kecoh kat malaysia ni.
pegi tangkap manusia-manusia peng-herdik ini, cuci kepala stiap satunya kasi bersih dulu.

depan senyum-senyum segala,
manis muka.
tp kt belakang, cerita dlm kain dia kau gebang-gebangkan.
#AH, HIPOKRIT!!

kau lagi najis, dari najis.
lagi sampah dari sampah!
dan aku malu ber-temankan manusia macam kalian.
aku malu.
dan aku pun tak mahu!

---

##dinihari.

bangun malas, menepuk-nepuk seluar jeans yg kian melusuh, lantas berterbangan debu-debu tepi jalan yg melekat tadinya.
mengorak langkah pulang ke sarang masing-masing.

dimana esok siangnya,
aku, dia, dan dia.
kembali menjadi seorang pelajar jurusan biologi,
kembali menjadi seorang pensyarah santai yg xpernah berenggang dgn gitarnya,
kembali menjadi pegawai di bangunan tujuh tingkat itu.
dan kembali, dikelilingi masyarakat topeng-topeng supermarket lagi.

"hey buddy-s, date lagi malam esok-esok ya!" *separuh melaung


***

"bang, gua nak beli topeng bunga-bunga tu satu.
aah, yang dalam cermin kaca tu. gua nak kaver muka parut gua ni."

No comments:

Post a Comment