Siapa Tuan Tanah

Hujung Timur, Malaysia
Manusia yang biasa-biasa saja. Aku bukan pen-seni. Aku cuma seorang penulis cikai. Cedok-lah yang mana putih. Minta tinggal-kan yang mana hitam.

Tuesday, August 28, 2012

Si-sepi


ye.
aku sunyi.
diam dalam kendiri.

mesti bila org baca ni org kabo aku manusia xreti bersyukur kan.
tapi hakikat. kau tak pikul rasa sekalian sepi ini mencengkam di pundak.
---
aku bukan feveret ramai org.
which is aku tahu.
*senyum

tapi. tak apa.
aku punya halusinasi yg selalu ada untuk aku.
*ye. gila. HAHA

aku bukan geng melepak dr bilik ke-sebilik lain.
bergelak tawa, ber-borak pasal si-semek terbalik moto semalam.
ber-cerita pasal ayu jiran  bilik sebelah ber-dating dgn bf yg serupa mat salleh.
tak.
aku xada kimia dengan mana-mana, dengan siapa-siapa untuk ber-cerita sakan begitu. *dalam situasi itu. dalam kelompok itu. dalam dunia itu.

even, si nisa ajak makan malam, teman dia mengisi perut di luar, lagi aku bungkam untuk mengorak ayat.
setakat ber-basa basi ya mungkin aku boleh. itu pun cuma buat seminit dua.
selepas-nya? aku lebih memilih untuk menguis larutan teh dalam cawan di depan.
menunggu warna kuning susu nya mendap, kemudian aku kacau-kan lagi supaya warna kuning susu-nya naik, begitu juga dengan keladak-keladak teh.
menjadi-kan seisi ruang dalam si-cawan berhabuk kepuk.
bercampur lagi warna-warna setiap satunya itu, yang akhirnya menghasil-kan warna coklat susu yg pekat.
ku-ulang ulang pe'el itu, sehingga teman di-depan habis makanan-nya di pinggan.
bingkas bangun.serentak. bayar. dan pergi.
ya. itu aku.

tiada kawan karib ke? *sengih me-nampakan gigi yang ber-selerakan.
ada. jawab hati. ya, sepotong dua cuma. *syukur.

itu pun teman yang se-matrik dengan ku, dan juga seorang perempuan yg dulu-nya pernah di-benci dan di-cemuh mulut manusia.
ah. tak payah lah gembar gembur-kan cerita lama. kan kawan?
*sengih lagi.

juga buat si-insan.
ya.dia. terima kasih ya.

tapi bukan tugas mereka menjaga aku 24 jam setiap hari-harinya.
harus memberi ruang pada mereka untuk urusan mereka juga. *bisik hati
jadi. bersendiri lagi.

aku tak pilih bulu dalam bersahabat. cuma yg tak di-pilih itu selalunya aku.
tak apa-apa lah. aku masih okey.
cuma kena pandai sesuai-kan diri dengan si-sepi.
belajar berkawan dengan hati.

pssst: kan hati, kau tak akn tinggal-kan aku kan? kau kan memang dikirim untuk jadi teman setia aku.
sebab itu kau di-cipta lekat di badan aku.
bisik lagi, "jangan tinggal-kan aku, ya?" *tangan usap2 dada.

No comments:

Post a Comment