Siapa Tuan Tanah

Hujung Timur, Malaysia
Manusia yang biasa-biasa saja. Aku bukan pen-seni. Aku cuma seorang penulis cikai. Cedok-lah yang mana putih. Minta tinggal-kan yang mana hitam.

Sunday, September 23, 2012

Ya, suatu ketika itu.

Assalam semua.
maaf atas ke-tenggelaman-ku.
si hati nampak-nya mohon cuti berehat.

Mari risik cerita si jasad tanpa nama.
Nah, kali ni, cerita si hati yg tak berkesudah.
aku lari kelam kabut mnyorok agar rasa sebenar tak kelihatan.
aku gali lubang dalam2, kambus badan dan kepala, haih, kenapalah hujan curah lebat hari ini, nampakkan si kaki yg terjuih.

"hoi, kau gila tanam diri sendiri, bangun sini, nah tarik tangan aku ni."

di satu episod lain, aku packing baju seluar, henyak luggage dlm bonet, tangan capai boarding pass. Misi untuk melangkah pergi tinggalkan dunia pahit ini buat sementara semakin kuat.

"BOARDING PASS"

Flight No.              Depart  Kuala Lumpur
AK 5242

Seat No.               Arrive Zimbabwe
15D

'trutt truttt'
"hello"
"Nak, beli kan Wan petai kat gerai pak seman, balik makan malam nanti ya. Jangan lupa, kelapa semalam, Mak Teh kata dah siap parut, nanti tengok kan juga ya baju kurung Wan kat sana, bayarkan dulu. Wan masak spesial ni. Balik ya."
**bibir terkunci
"Ha, Wan ada letak bil air kat tepi rak kasut, nak masuk Wan lupa bawak kunci rumah kau, tolong bayarkan dulu, jangan lambat, dua hari dah tu tertunggak"

'klik' *talian dimatikan sblm sempat mulut menambah bahasa.

Menapak kembali di bahagian belakang kereta, membuka bonet, punggah keluar luggage . Campak kertas putih urusan airport a.k.a boarding pass tepi pasu pokok orkid hadiah Mak Teh 3 minggu lalu.

"ARGHH, kenape??!"

Enjin kreta honda kapok sambung bayar, rakus di-start. Dah berdehem si-enjin. Lantak lah. Enjin nak dikesiankan?hati aku ni, mana nak baling?
Otak ligat mencari satu persatu ayat yg di-sebut Wan tadi. Ah sial. telinga terkucil sini sana.
Perlahan2, suara Wan tadinya menempa gegendang.

"Oh ya, petai pak seman"

Laju melungsur jalan. Membelah kabus pagi. Dingin amat, walhal dingin aircond yg terasa sebenarnya.

---

Dalam pada masa yg sama, akal pantas mencari idea baru untuk sembunyi diri, menyorok rasa, menghentikan derita seketika.
Tiba2,

"GEDEBOOOMMMM!"

---

"Nak, rehat nyaman disana ya. Doa Wan sentiasa ada"



8 comments:

  1. moga2 kau yg tanpa nama aman di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. moga2.. doa Wan sentiasa mengiringinya.

      Delete
  2. Replies
    1. dia dah x blh nak balik kak.
      dia berusaha untuk lari dan lenyap,
      akhirnya, si Tuan Besar kabulkan permintaan-nya tak sampai sesaat..

      Delete
  3. kemanakah? mungkin cebihan nama berjasad masih ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ya, dan mungkin juga tidak.. :)

      Delete