Siapa Tuan Tanah

Hujung Timur, Malaysia
Manusia yang biasa-biasa saja. Aku bukan pen-seni. Aku cuma seorang penulis cikai. Cedok-lah yang mana putih. Minta tinggal-kan yang mana hitam.

Thursday, August 30, 2012

jangan

jangan tinggalkan aku,
walau kau punya 1001 sebab untuk meninggalkan,
jangan..
jika-pun kaki terasa mahu melangkah pergi,
aku mohon,
pandang aku disini.
jika-pun kaki terasa mahu melangkah pergi,
aku rayu,
toleh-lah aku disini.

aku kan sunyi..
tak ada lagi yang memerhati,
hilang sudah raga sebelah.

aku kan mati,
tak ada lagi yang menyayangi,
rosak sudah jiwa segala.

jangan tinggalkan aku,
pandanglah aku disini,
si budak kecil yg hilang dalam kesesakan,
melolong mengapa gapaian-nya tak dicapai.
merintih mengapa pandangan itu tak lagi seperti dulu.

meskipun begitu..
ku mohon jangan tinggalkan aku.



6 comments:

  1. jika saja kita bisa kata sebegitu dengan mereka yang ingin meninggalkan kita kan ...

    ReplyDelete
  2. tapi kita tak mampu kn..
    depan orang, gah berlari.
    di dalam, nah, lemah lutut, urat sendi segala.

    ReplyDelete
  3. selalu begitu kan .
    konon ja kuat . walhal ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walhal.....
      hanya tuhan saja tahu.

      Delete
    2. tapi sayang, ramai yg lihat pada zahirnya sahaja. alah. resam manusia.

      Delete