Siapa Tuan Tanah

Hujung Timur, Malaysia
Manusia yang biasa-biasa saja. Aku bukan pen-seni. Aku cuma seorang penulis cikai. Cedok-lah yang mana putih. Minta tinggal-kan yang mana hitam.
Showing posts with label lukisankanvasrealiti.matahati.. Show all posts
Showing posts with label lukisankanvasrealiti.matahati.. Show all posts

Sunday, May 6, 2012

#1

^^
pertama-tama ..
assalam..
ni untuk semua..
yg sudi selak bahasa aku satu persatu..
cerita yg berkisar aku..
cerita cuma dari aku....
bukan yang "entah pape"..
hanya dari aku yang pelupa..
yg sering dusta..
yg dulu, kini, masih cela...
tp tak untuk selamanya!..,,

....

aku suruh burung nyanyi kan aku, kalau aku pilu,,
aku seru angin belaikan aku, kala aku lara,
aku mengongoi pada yang HAQ luah pada-Nya,
membela diri ; "tak, itu bukan aku !!",

....

benar kata si "raja bahasa",
org kn tgk pada zahir nya sahja,
manakan nampak yg di dalam,

....

Maha HAQ itu tahu sehalus-halus garisan,
tapi,
yg tidak HAQ..
pakar membesar-besar kan garisan!,
arif meletak arah,
arif mengunjukkan label,
"ah, ni garisan yg tak sepatot nya wujud",
"kafir kau !",
"kelak kn dilaknat, aku cakap sbb nampak, aku tegur!",

SUBHANALLAH..

....

lidah tergigit,,
berdarah...
kulit terkelar,
calar..
hati dimamah??
runtun...

....

ku mengongoi lagi pada yg HAQ,
bertanya kn kenapa ku tak diteran bondaku sealim daging,

kenapa tak dijadikan makhluk ni,
si penghayun dakwah,
pendeta bahasa dunia akhirat..

senang,
takkan lg cuping ni panas,
di cemuh,
muka ni merah,
di baling maki,
tangan ni pasung,
dikafir insan,

....

kerana apa??
kerna yg melihat,
hanya tahu melabel,
kerna yg melihat,
hanya tahu menghayun pen dunia,

"yang ini garis nya bengkok, ah, api hitam pekat lah tempatnya nanti",
"yang ini balutan-nya teruk, mana kan hidup",

SUBHANALLAH..

....

apa mereka lupa,
dikafir tuhan??
apa mereka lupa,
hukum bukan di tangan mereka?
apa mereka lupa,
KAU penghayun pen akhirat!
apa mereka lupa,
KAU pemilik hukum berzaman!

....

ku mengongoi lagi pada yg HAQ,
ku tadah..
mohon ku tidak sekelompok dengan yg itu,
ku tadah,
mohon hati ku tegar dihukum dunia,
ku tadah,
mohon akalku waras hingga ke hujung,
ku tadah,
mohon pundak ku sasa dibaling nista,
ku tadah,
mohon rasa ku adil buat semua..

kerna ku gusar,,
hanya pada satu,
kerna ku taat,
hanya pada satu,
kerna ku tahu,
yg satu itu Maha satu,

kerana satu-satunya itu,
si Tuan alam selepas hancur alam satu ini..

SUBHANALLAH....

Tuesday, April 3, 2012

puisi ni buat aku sebak sungguh ;(

^^
creditt to my idole- FJ..sebak sungguh;(

kasihan seorang perempuan.

diam-- dia lemah.
lantang-- nampak salah.
mesra-- dia sundal.
pasif-- suami gatal.

kahwin-- "bila beranak?"
tak kahwin-- pasti digelak.
berzuriat-- xcukup sempurna.
tak berisi-- lagi dikata.

berhijab-- tak cukup labuh.
tanpa tutup-- lagilah heboh.
setia-- dimadu sana sini.
curang-- dicanang keji.

terlalu cinta-- dimain2kan.
terlalu berjaga-- dimarah2kan.
sering nangis-- rimas selalu.
mata kering-- dipanggil batu.

orang mendosa-- yang salah perempuan.
bila pahala-- lelaki diagungkan.
buat betul-- pelbagai dipersoal.
buat silap-- sekampung berbual.

aduhai--
betapa kasihan;
betapa kasihan.

*pause*

kadang2 bila aku baca status2 chauvinist di fesbuk, aku rasa macam hendak komen dan maki selalu. aku tidaklah seorang anti lelaki, jauh sekali seorang feminis. aku cuma keadilan dalam pertimbangan.

baca status2 'jantan konon2' ini buat aku hendak muntah. beri nasihat itu ini pada wanita tapi dia sendiri melakukan perkara2 yang menjadikan perbuatan wanita yang dikata itu suatu fenomena.

contoh:
bersinis tentang perempuan bergambar tidak sopan.
SENDIRI ada gambar dalam kelab malam sama perempuan.
bertegas tentang aurat perempuan dan berkeras tentangnya.
SENDIRI cuma bergaul dengan mereka2 berkain atas peha.

apa cerita?

apa yang aku nampakkan,
zaman ini--
untuk menjadi perempuan yang diterima--
seorang perempuan perlu bertanya.

"abang hendak saya jadi apa?"

hakikatnya;
kalau tanya pada singa,
mestilah laparnya pada daging.
kalau tanya pada serama,
mertilah laparnya pada emping.

soalnya wahai perempuan--
"adik hendak jadi apa?"

kalau hendak jadi lauk,
masaklah tubuh sampai semerbak.
kalau hendak jadi ilmu,
lakarlah tubuh bertulisan berselerak.

kita yang pilih kita siapa.

*pause*

wahai perempuan.
semua jenis perempuan telah pernah aku jadi.
semua jenis perempuan--
DEMI diterima lelaki.

apa untungnya?
hati yang mati.
jiwa yang lari.

sudah2lah tu, wahai perempuan.
kasihankan diri kita.
sayangkan diri kita.

simpankan--
setiap kasih setiap cinta setiap rasa setiap manja--
pada seseorang bernama suami.

kerana--
selagi KITA tak terima diri ini;
selamanya kita saham yang rugi.
berhenti.

berhenti puaskan satu dunia.
berhenti--
dan buat APA yang kita SENDIRI rasa kita bahagia.

*pause*

kasihan.
kasihan seorang perempuan.
tapi menguntungkan.

kerana--
dibilang lemah, salah, sundal, gatal.
digelak, dimain, dimarah, ditujal.

kalau cuma dia senyum dan redha sabarkan--
berkecai semua--
berjemput ke syurga



kuatkan lah diriku  demi bergelar seorang    
perempuan;(

Saturday, March 31, 2012

kerana sifatnya bukan yang hakiki

^^
sudahlah bersedih..
berhentilah merintih..
inilah kehidupan..
itulah manusia..
mane yang tidak pernah berubah..
tipu..bohong...dusta..
kenapa??
kerana sudah sifatnya bukan yang hakiki..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


tapi mereka telah berjanji kepadaku!!!
aku pegang kata-kata mereka sehingga ke hari ini..zaman ini!

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

insan..
sudah ku katakan tadi..
bukan sifat nya manusia itu abadi..
bukan aturannya berpegang pada janji..
kerna apa?
kerna mereka goyah,,tewas..dengan hanyutan perasaan..
kerana sifatnya bukan yang hakiki..

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

aku luka..
aku punah...
satu persatu bahasanya...
berlegar di ruang telinga..
baris demi baris ayatnya..
melafazkan janji semalam..
aku tidak lupa!
bagaimana kenangan semalam yang dah terlakar..?
bagaimana gelak tawa kelmarin yang telah terakam??
adakah mereka sudah lupa..?
tapi tidak aku!
aku tidak lupa!

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

**ketawa sinis.
sudah ku katakan padamu wahai insan..
berhentilah berduka..
lapangkan sasa mu..
regangkan pundak mu..
lebarkan zahiriah mu...
bukan semua itu cela! tidak ku maksudkan sebegitu..
tapi wahai insan..
kebanyakan nya adalah begitu..
tidak lari juga kau!
jangan menunding jari wahai insan..
telah ku katakan padamu..
malah kubisikkan lagi..
manusia itu, sifatnya bukan hakiki..
baik jasadnya..
baik rohnya..
mahupun amal ibadahnya..
tidak hakiki!

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

**terjelopok ke dasar..sayu ..rintihan demi rintihan..
si jernih berlarian turun..

cepatnya manusia itu lupa..
cepatnya mereka itu tidak mengingati..
pantasnya aku tidak memanjatkan si harapan segunung tinggi..
kalau dulu,, emak membisikkan kepadaku..
"nak,baeklah berpada-pada..jahat-mu jangan lh sekali-kali"
aku sering mengambil enteng tatkala barisan demi barisan patah kata nya menyapa halwa ku..
nah..
rasakan sendiri penangan nya..
lupa..alpa..??
ya itulah pengenalan kami, sang manusia..

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

**ketawa herdik..
sudah ku unjuk kn padamu..
berhentilah ber-lara..
segenap duka yang hadir,,
ada gula nya...
jangan ditanya, kenapa mereka lupa?
jangan dipersoal, kenapa mereka tidak mengingati?
kerana jawaban nya hanya satu, dan cuma satu..
kerana sifatnya bukan yang hakiki~