Siapa Tuan Tanah

Hujung Timur, Malaysia
Manusia yang biasa-biasa saja. Aku bukan pen-seni. Aku cuma seorang penulis cikai. Cedok-lah yang mana putih. Minta tinggal-kan yang mana hitam.

Saturday, January 26, 2013

dan aku tak punya apa-apa

wahai penghuni jiwa,
aku tak punya apa-apa,
cuma yang ada,
hanya segenggam setia..

wahai penghuni jiwa,
aku cuma mahu kau bahagia ,
dan yang bahagia-kan kau itu biar aku cuma,

yang di-pandang cuma aku,
yang di-tatap juga cuma aku,
yang di-hati juga cuma aku..

hati berbisik-
wahai penghuni jiwa,
aku tak punya apa-apa,
tapi aku punya hati yang cinta mati sama kamu.

hati berbisik lagi-
wahai penghuni jiwa,
aku tak punya apa-apa,
tapi rasa ini kuat cuma buat kamu.

dan hati masih berbisik lagi-
wahai penghuni jiwa,
aku tak punya apa-apa,
cuma nafsu gila yang fakap bila ruas wajah-mu halus menyambar pelupuk mata,

ya,
wahai penghuni jiwa,
aku tak punya apa-apa,
dan, kau masih mahu aku?

futnot: jika kau mahu tahu, sehingga ke saat ini.. aku masih lagi meneruskan rasa dan nafsu itu - cinta gila sama kamu.

6 comments:

  1. Nice.

    P/s : Psstt, cinta memang gila. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. makanan buat gerangan yg dilamun cinta seperti kamu ya.

      Delete
  2. Replies
    1. dua-dua barangkali. buta dan gila kerana cinta. ah sial kan

      Delete
  3. aku cinta juga. tapi tidak gila. bagaimana itu?

    haha XD

    ReplyDelete