Siapa Tuan Tanah

Hujung Timur, Malaysia
Manusia yang biasa-biasa saja. Aku bukan pen-seni. Aku cuma seorang penulis cikai. Cedok-lah yang mana putih. Minta tinggal-kan yang mana hitam.

Friday, July 27, 2012

mata segah.

mencerah langit,
namun mata masih segah.

rindu akan bau blog,
lantas jasad bangkit,
suis di-klik,
skrin gelap dari semalam bertukar terang,
pantas jejari menekan keyboard .

ah,
termanggu.
tadi beria mahu mula celoteh.
apa coretan hari ni.
terfaktab atau ter-autab,

sini.
kisah dua hati yang tak pernah selesai.
kisah yg dari mula, dari awal aku susur galur-kan.

sampai saat ke hari ini,
aku masih hadap bait-bait cerita.
cerita memang tiada pasal lain.

pasal aku.
pasal dia.
pasal kita.

keadaan tak jemu jamah masa kita kan?
tak bosan ujian mendatang bukan?
sengih*

aku teliti setiap satu yang limpas.
aku hidu satu2 bau yang me-lalang.

apa "ending-nya"?
kau tahu?
aku tahu?
tak.
kita tak tahu.

sampai sekarang.
aku tunggu.
khilaf.
mahu tahu apa akan jadi.
siapa sini boleh bangun angkat tangan bongkar segala apa bakal berlaku?
siapa?
mari mengadap depan sini.
aku seru.

aku duduk.
tunduk.
akhirnya......
...
pejam lagi.

"sampai bila?"
kau ber-tanya sampai bila?
jangan.
sebab-nya aku sendiri kelu.

mari hayun kaki,
pejam mata,
tunggu dan tanya "apa" dalam hati.

"gila!"
tak ada kerja ka?
sedangkan yg bulat tak kan datang bergolek,
yang pipih takkan datang terbang,

.tunduk lagi.
dan lagi.
akhir-nya lelap lagi.

p/s: aku cuma insan biasa. yang tidak tahu mana hujung-nya. mana berhenti-nya. aku hayun kaki ikut hati. aku pandu jasad atas rasa. itu aku. manusia. insan. pelupa. 

2 comments: